Klang – Polis tengah siasat satu kes di mana 28 biji kereta dikeluarkan tanpa kebenaran dari tempat simpanan di Klang.

Kereta-kereta ni sepatutnya masih dalam proses tuntutan insurans lepas kapal yang angkut dia ke Sabah kena bakar. Tapi pemilik bilang, dorang kena bayar kos tinggi kalau mau ambil balik kereta, bikin panas betul!

Akhirnya, satu NGO bantu sekumpulan lelaki kasi keluar kereta tu sendiri tanpa izin. Sekarang polis tengah siasat kes ni bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan sebagai pencerobohan.

Kes masih dalam siasatan! Apa pendapat kamu? Dorang ni hero atau sudah langgar undang-undang?