Gaza – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serangan udara berskala besar ke atas Semenanjung Gaza pada Selasa, dengan alasan menyasarkan kedudukan Hamas, menurut laporan Anadolu Ajansi.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan di platform X, mengesahkan bahawa operasi ini dijalankan mengikut arahan pihak atasan, dengan kerjasama Shin Bet.
Sumber dari perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 nyawa terkorban akibat serangan tersebut.
Arahan untuk memperhebat tindakan ketenteraan ini datang daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta Menteri Pertahanan, Israel Katz.
Israel mendakwa bahawa serangan ini adalah tindak balas terhadap keengganan Hamas untuk membebaskan tawanan serta penolakan kumpulan itu terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS, Steve Witkoff, bersama beberapa perantara lain.
— Sumber: Agensi