Bogor, Indonesia – Sebuah kejadian tragis berlaku di Desa Tarikolot, Kecamatan Citeureup, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, apabila seorang remaja berusia 17 tahun, dikenali sebagai E, menjadi mangsa serangan ketika membangunkan penduduk untuk sahur.

Menurut Kapolsek Citeureup, AKP Ari Nugroho, insiden ini terjadi apabila seorang lelaki berang dengan bunyi bising yang dibuat oleh sekumpulan remaja kerana anaknya sedang sakit. Tidak dapat mengawal kemarahan, lelaki tersebut bertindak melepaskan tembakan ke udara menggunakan senjata airsoft gun sebelum memukul kepala E, menyebabkan kecederaan serius.
Mangsa yang mengalami pendarahan teruk di kepala segera dikejarkan ke rumah sakit Sentra Medika untuk mendapatkan rawatan lanjut. Rakaman video kejadian yang menunjukkan E berlumuran darah turut tersebar luas di media sosial, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan netizen.
Dalam video berkenaan, kelihatan dua penduduk membawa mangsa menaiki motosikal ke hospital sementara seorang wanita menjerit ketakutan melihat keadaannya.
Berdasarkan maklumat terkini, keadaan E kini semakin stabil dan masih dalam pemantauan pihak perubatan.
— Sumber: Agensi