ISTANBUL/TEHRAN – Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban manakala 6,419 lagi cedera dalam sambutan Chaharshanbe Suri, festival api tahunan di Iran, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA) yang memetik kenyataan pihak berkuasa pada Rabu.

Festival ini, yang diraikan pada malam Rabu sebelum Nowruz (Tahun Baharu Parsi), menyaksikan penduduk di Tehran dan beberapa bandar lain menyalakan api serta melompat melepasinya. Selain itu, mereka turut bermain bunga api, mercun, dan bahan letupan buatan sendiri.
Wilayah Tehran, Azerbaijan Timur, dan Azerbaijan Barat mencatatkan jumlah kecederaan tertinggi.
Meskipun Jabatan Polis Tehran telah mengeluarkan amaran keras serta menggunakan dron bagi memantau penggunaan bahan letupan, beberapa insiden tetap berlaku sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.
Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran mengesahkan bahawa 18 mangsa berada dalam keadaan kritikal. Menurut laporan Bernama-Anadolu, wilayah Tehran, Azerbaijan Timur, dan Azerbaijan Barat mencatatkan jumlah kecederaan tertinggi.