Sebagai ibu bapa, kadang kala kita terlalu teruja dan geram melihat anak kecil yang comel. Rasa sayang itu menjadikan kita ingin memeluk, mencium dan bermanja dengan mereka. Tapi apa yang saya alami baru-baru ini memberi satu pengajaran besar buat saya dan mungkin juga buat semua ibu bapa di luar sana.

Gambar Facebook Jahwan Bahiyah
Anak saya yang berusia 1 tahun 4 bulan ketika itu tidak mahu dicium. Namun, kerana terlalu sayang, ada ahli keluarga yang tetap ingin menciumnya dan memegang kepalanya agar tidak bergerak. Anak saya mula meronta-ronta. Tiba-tiba dia menangis dengan kuat. Saya sangka mungkin hanya terkejut atau terseliuh biasa.
Namun, keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak saya mengadu sakit dan kepalanya condong ke tepi, langsung tidak boleh ditegakkan semula. Sebagai seorang ibu, saya panik dan terus membawa anak ke hospital Hermina sekitar jam 12 tengah malam.

Gambar hiasan tulang leher.
Setibanya di hospital, hanya doktor bertugas yang ada. Pemeriksaan X-ray dilakukan dan hasilnya menunjukkan tulang dalam keadaan baik. Tetapi doktor menyarankan untuk berjumpa pakar neurologi kanak-kanak. Malangnya, doktor pakar tiada kerana sedang bercuti.
Tanpa membuang masa, saya terus ke hospital besar di Gatot Subroto kerana saya yakin kemudahannya lebih lengkap. Syukur alhamdulillah, saya dapat terus berjumpa dengan doktor pakar neurologi. Anak saya diminta untuk menjalani prosedur MRI, dan perlu berpuasa sebelum itu. Bayangkan, anak kecil yang belum faham apa-apa, perlu menahan lapar dan dahaga dari jam 11 pagi hingga ke jam 3 petang untuk dibawa masuk ke bilik MRI dan CT Scan.
Tiga jam menunggu keputusan dari doktor.
Saya menunggu hampir tiga jam, dan akhirnya doktor memaklumkan bahawa sumsum tulang belakang anak saya mengalami kebocoran dan hampir menyebabkan lumpuh. Tangan kirinya sudah tidak dapat digerakkan. Ya Allah, hati saya luluh. Seperti disambar petir.
Satu-satunya pilihan untuk memulihkan anak saya adalah melalui pembedahan besar di bahagian leher belakang. Bayi sekecil itu perlu melalui pembedahan yang mengambil masa lebih empat jam. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan saya amat bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menjaga amanah yang sangat berharga ini.
Pesanan dan nasihat kepada ibu bapa.
Pesanan saya kepada semua ibu bapa – jika anak kecil tidak mahu dicium, jangan paksa. Kadangkala niat kasih sayang kita boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini. Hormati ruang dan perasaan anak, walaupun mereka masih kecil.
Sumber: Jahwan Bahiyah