Seorang wanita terkejut apabila mendapati batu yang digunakan sebagai pengadang pintu selama bertahun-tahun sebenarnya merupakan objek berharga dengan nilai dianggarkan sekitar AS$1.1 juta (RM4.86 juta).
Batu tersebut pada asalnya dijumpai di dasar sebuah sungai yang terletak di tenggara Bucharest, dan ia dikenalpasti sebagai salah satu ketulan batu ambar terbesar yang pernah ditemui di dunia

Contoh gambar batu ambar. – Sekadar Hiasan.
Batu ini mengandungi resin pokok yang telah membatu, menjadikannya bernilai tinggi terutama kerana warna semula jadinya yang hangat. Lazimnya, batu ambar seperti ini banyak ditemui di kawasan perkampungan Colti, sebuah lokasi perlombongan yang aktif sejak tahun 1920-an. Jenis ambar yang dimiliki wanita itu dikenal pasti sebagai ‘rumanite’, terkenal dengan rona merah yang pekat dan menarik.
Menurut laporan El Pais, pihak berkuasa telah menyerahkan batu berkenaan kepada pakar di Muzium Sejarah Poland, yang memiliki jabatan khas untuk penyelidikan batu ambar. Ketulenannya telah disahkan di Warsaw dan usia batu itu dianggarkan antara 38.5 hingga 70 juta tahun.
“Penemuan ini sangat penting dari sudut saintifik dan juga untuk institusi muzium,” kata Daniel Costache, Pengarah Muzium Wilayah Buzau.