Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah. Dalam usaha membesarkan anak-anak, memastikan ekonomi keluarga stabil, dan mengurus kehidupan harian, ramai ibu bapa tanpa sedar memendam tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. Malangnya, ramai tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tekanan perasaan kerana gejalanya sering dianggap “biasa”.

image: talking parents

Berikut adalah 5 tanda awal tekanan perasaan dalam kalangan ibu bapa yang ramai terlepas pandang:


  1. Mudah Marah atau Hilang Sabar

Jika perkara kecil pun boleh menyebabkan anda rasa marah, melenting atau naik angin – itu mungkin petanda tekanan sedang memuncak. Ini bukan soal “tak cukup tidur” semata-mata. Ia mungkin kerana emosi terlalu lama terpendam tanpa luahan.


  1. Letih Berpanjangan Walaupun Dah Cukup Rehat

Rasa penat itu normal, tapi jika letih tetap tak hilang walaupun tidur mencukupi, itu mungkin tanda tubuh anda sedang ‘berperang’ dengan tekanan. Bila minda penat, tubuh pun turut terasa lesu.


  1. Kurang Minat Dengan Aktiviti Harian

Apa yang dulu menyeronokkan kini jadi membosankan? Kalau anda rasa malas nak bersembang, tak berminat masak, atau malas luangkan masa dengan anak, itu petanda motivasi dalaman sedang merosot akibat tekanan emosi.


  1. Sukar Tidur atau Terjaga Tengah Malam

Tidur terganggu boleh jadi simptom utama tekanan. Minda yang ligat berfikir tentang masalah, kewangan, atau anak-anak boleh menyebabkan anda sukar lena atau sering terjaga di tengah malam.


  1. Rasa Bersalah atau Ragu Diri Secara Berlebihan

Tekanan sering buat ibu bapa rasa mereka “tak cukup bagus” – sama ada sebagai ibu, ayah, atau pasangan. Mereka mula mempersoalkan setiap tindakan, walaupun sebenarnya mereka sudah buat yang terbaik.

Image: Euroschool

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Luahkan perasaan. Cari kawan, pasangan, atau pakar kaunseling untuk berkongsi.

Rehat seketika. Ambil masa ‘me time’ walaupun 10 minit sehari.

Jangan rasa bersalah untuk minta bantuan. Anda tak keseorangan.


Menyedari tekanan emosi adalah langkah pertama ke arah penyelesaian. Ibu bapa perlu tahu bahawa menjaga kesihatan mental sendiri sama pentingnya dengan menjaga anak-anak. Anda perlu sihat – fizikal dan emosi – untuk terus menjadi pelindung terbaik buat keluarga.