Menjadi ibu bapa kepada anak remaja zaman sekarang bukan mudah. Dengan pengaruh media sosial, internet tanpa sempadan, dan pergaulan yang sukar dikawal, ramai ibu bapa risau dengan keselamatan dan tingkah laku anak mereka. Mujur, teknologi hari ini juga boleh jadi penyelamat.

Gambar Hiasan.

Berikut adalah 5 aplikasi percuma yang boleh bantu ibu bapa pantau anak remaja – dari lokasi hingga ke aktiviti online mereka:


  1. Google Family Link

Fungsi utama: Kawal masa skrin, lihat aplikasi yang dimuat turun, tetapkan had penggunaan.
Kelebihan: Ibu bapa boleh lihat lokasi semasa anak secara langsung dan kawal aplikasi yang anak akses di telefon Android.

Gambar Google Family Link


  1. Find My (Apple)

Fungsi utama: Jejak lokasi anak menggunakan iPhone atau iPad.
Kelebihan: Sangat berguna untuk pengguna Apple. Lokasi dikemas kini secara real-time dan boleh buat peranti anak berbunyi jika hilang.

Gambar Find My Apple


  1. Life360

Fungsi utama: Lokasi masa nyata, sejarah lokasi, dan alert bila anak tiba/keluar dari tempat tertentu.
Kelebihan: Boleh buat ‘circle’ keluarga. Ada butang kecemasan yang terus hantar lokasi kepada ahli keluarga lain.

Gambar Life360


  1. Kaspersky Safe Kids (versi percuma)

Fungsi utama: Pantau aktiviti internet, sekat kandungan tidak sesuai, dan kawal masa penggunaan.
Kelebihan: Ada papan pemuka (dashboard) untuk lihat apa anak anda cari di internet dan berapa lama mereka guna telefon.

Gambar Kaspersky Safe Kids


  1. FamilyTime (versi basic percuma)

Fungsi utama: Jejak lokasi, tetapkan ‘screen time’, dan semak senarai kenalan atau mesej.
Kelebihan: Fungsi ‘PickMeUp’ yang membolehkan anak hantar lokasi bila nak dijemput – sesuai untuk ibu bapa sibuk.

Gambar Family Time.

Penutup: Kawal Bukan Sekat, Pantau Bukan Mengintip

Gunakan aplikasi ini sebagai alat bantu, bukan untuk terlalu mengongkong. Remaja perlu ruang untuk membesar, tapi mereka juga perlukan bimbingan dan keselamatan. Komunikasi terbuka lebih penting dari pengawasan diam-diam.