Benta, Pahang – Siapa sangka niat nak balik rumah boleh bertukar mimpi ngeri, apabila seorang warga emas tersesat ke dalam ladang sawit terbiar hanya kerana ikut arahan aplikasi Waze!

Kejadian mencemaskan itu berlaku Khamis lalu, melibatkan Pauzi Ismail, 70, yang memandu seorang diri dari Gua Musang ke Bandar Penawar, Johor. Aplikasi Waze yang digunakan untuk elak jem, rupa-rupanya ‘menghantar’ beliau jauh ke kawasan ladang sunyi – dan keretanya terkandas dalam lumpur tebal.

Pauzi Ismail, 70 telah dijumpai oleh pihak bomba.

Lagi mendebarkan, Pauzi hilang arah selama beberapa jam tanpa tahu lokasi sebenar. Telefon bimbit hampir kehabisan bateri, dan dia pula tidak tahu cara kongsi lokasi melalui telefon!

“Bomba hubungi sepupu saya, beritahu ayah sesat… kami semua panik,” kata anaknya, Jurasmadi.

Cubaan buat panggilan video tak banyak membantu, lebih mengerikan bila anggota polis dan bomba terlihat bayang misteri di tempat duduk penumpang – sedangkan atuk memandu sendirian

Nasib menyebelahi Pauzi apabila beberapa penduduk kampung mengenal pasti ladang sawit itu berdasarkan gambar pokok yang tinggi dan tua. Mereka segera masuk dengan motosikal, dan akhirnya menemui Pauzi jam 10 malam dalam keadaan selamat!

Pengajaran: Jangan serah 100% kepada Waze… lebih-lebih lagi kalau jalan nampak sunyi dan mencurigakan.