Dunia sains kini bergerak ke fasa paling radikal dalam sejarah manusia — era nyah-pupus (de-extinction).

Jika sebelum ini saintis berjaya mengklon kambing, mencipta daging makmal, dan edit genetik manusia — kini mereka mula masuk fasa lebih gila: hidupkan semula haiwan purba yang telah pupus ribuan tahun lalu.

Terbaru, saintis dari syarikat bioteknologi Colossal Biosciences, Amerika Syarikat, dilaporkan berjaya membangkitkan Dire Wolf sejenis serigala gergasi yang pernah hidup semasa Zaman Ais.

Fakta Menarik Tentang Dire Wolf

  • Nama Saintifik: Canis dirus
  • Berat: Sehingga 70 kg (lebih besar dari serigala moden)
  • Panjang: Sehingga 1.5 meter
  • Hidup: 125,000 hingga 10,000 tahun lalu
  • Habitat: Amerika Utara & Amerika Selatan
  • Makanan: Karnivor – memburu bison, kuda, badak, rusa purba
  • Kepupusan: Akibat perubahan iklim dan persaingan dengan spesies lain

Bagaimana Saintis Hidupkan Semula Dire Wolf?

Kaedah ini bukan sihir atau teori sains fiksyen. Ini teknologi biologi moden yang sudah wujud:

  1. Saintis mengekstrak DNA Dire Wolf daripada fosil berusia 13,000 hingga 72,000 tahun.
  2. Mereka melakukan DNA Sequencing — memetakan keseluruhan genetik Dire Wolf.
  3. Saintis membandingkan DNA Dire Wolf dengan serigala moden (Grey Wolf).
  4. Mereka edit gen serigala moden menggunakan teknik CRISPR Gene Editing.
  5. DNA yang telah disunting dimasukkan ke dalam embrio dan dikandung oleh anjing biasa.

Hasilnya: Seekor serigala hibrid lahir — memiliki rupa dan ciri fizikal seperti Dire Wolf, walaupun secara saintifik ia bukan Dire Wolf 100% tulen.

Kenapa Dunia Sedang Gila Mahu Bangkitkan Haiwan Pupus?

Ada beberapa sebab kenapa projek nyah-pupus ini semakin rancak:

  • Memulihkan ekosistem yang hilang.
  • Menebus kesilapan manusia yang menyebabkan kepupusan haiwan.
  • Menguji had teknologi biologi dan genetik.
  • Persediaan untuk menghadapi krisis biodiversiti masa depan.

Haiwan Purba Lain Dalam Projek De-Extinction

Dire Wolf hanyalah permulaan. Saintis sedang bekerja keras untuk hidupkan semula:

  • Mamut berbulu (Woolly Mammoth)
  • Harimau Tasmanian (Tasmanian Tiger)
  • Burung Dodo
  • Rinocerous berbulu (Woolly Rhino)
  • Burung Passenger Pigeon
  • Gua Lion (Cave Lion)

Risiko & Kontroversi De-Extinction

Walaupun kelihatan hebat, projek nyah-pupus ini ada banyak kebimbangan:

  • Haiwan purba mungkin membawa penyakit lama.
  • Ekosistem hari ini sudah berubah – bolehkah haiwan purba menyesuaikan diri?
  • Etika dan moral — patutkah manusia “bermain Tuhan”?
  • Risiko keselamatan — bagaimana jika haiwan ini jadi ancaman baru?

Dunia Jurassic Park Makin Dekat?

Kita mungkin masih jauh dari hidupkan dinosaur — sebab DNA dinosaur purba sudah terlalu rosak. Tapi saintis optimis haiwan Zaman Ais masih dalam capaian teknologi moden.