Perodua terus mendominasi pasaran automotif negara apabila model Perodua Bezza muncul sebagai kenderaan paling banyak didaftarkan di Malaysia dari Januari hingga Mac 2025, berdasarkan data rasmi.

Menurut statistik yang dikeluarkan, sebanyak 23,335 unit Perodua Bezza telah didaftarkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jauh mengatasi pesaing terdekatnya, Perodua Axia dengan 21,223 unit.

Senarai 5 Model Kereta Paling Laris di Malaysia Jan-Mac 2025:

  1. Perodua Bezza – 23,335 unit
  2. Perodua Axia – 21,223 unit
  3. Perodua Myvi – 18,183 unit
  4. Proton Saga – 15,364 unit
  5. Perodua Alza – 10,830 unit

Perodua & Proton Terus Mendominasi

Secara keseluruhan, Perodua terus menguasai carta dengan 5 model dalam senarai 10 teratas, manakala Proton mencatatkan kehadiran kukuh menerusi Proton Saga, X50, S70 dan Persona.

Honda & Toyota Tidak Ketinggalan

Jenama Jepun seperti Honda dan Toyota turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan model seperti Honda City (7,503 unit), Toyota Vios (6,029 unit) dan Honda HR-V (5,377 unit) kekal dalam kelompok popular.

Model Paling Sedikit Didaftarkan

Honda CR-V berada di tangga ke-20 dengan hanya 2,399 unit didaftarkan sepanjang suku pertama 2025.

Senarai Lengkap 20 Kenderaan Paling Banyak Didaftarkan di Malaysia (Jan-Mac 2025)

Kesimpulan

Dominasi Perodua dalam pasaran automotif Malaysia masih belum tergugat, membuktikan kenderaan jenama tempatan masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

#Automotif #PeroduaBezza #KeretaLaris2025 #PasaranKeretaMalaysia #SeriusBah