Sandakan, 8 April 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah melaksanakan Ops Vulture sekitar jam 1 petang di kawasan Terminal Bas Bandar Sandakan sebagai usaha membanteras kegiatan pinjaman wang haram yang semakin membimbangkan.

Hasil operasi tersebut, seorang lelaki berjaya ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Turut dirampas dalam serbuan itu adalah beberapa kad berkaitan peminjam serta sejumlah wang dipercayai hasil aktiviti pinjaman tidak sah.

Gambar: IPD Sandakan

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bin Bajah, menegaskan bahawa pihaknya komited membanteras aktiviti pinjaman wang tanpa lesen (Ahlong) yang boleh mengundang risiko keselamatan dan beban kewangan kepada masyarakat.

Gambar: IPD Sandakan

Orang awam dinasihatkan agar hanya mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang sah dan syarikat pinjaman wang yang berlesen bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan atau tekanan daripada peminjam haram.