Manchester United terus dirundung malang apabila dihentam 4-1 oleh Newcastle dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi — menyamai rekod buruk kekalahan terbanyak mereka sejak 1989!

Walaupun tanpa pengurus Eddie Howe yang sedang dirawat di hospital, Newcastle tetap garang. Sandro Tonali buka tirai jaringan dengan voli padu, sebelum Alejandro Garnacho membalas dengan gol solo bergaya.

Kredit: Media sosial FB

Namun segalanya runtuh selepas itu. Harvey Barnes sumbat dua gol, ditambah satu lagi oleh Bruno Guimaraes hasil kesilapan mudah Altay Bayindir. United kini jatuh ke tangga ke-14, sementara Newcastle naik ke tempat keempat.

“Kami tahu musim ini teruk… Tapi hidup kena terus,” kata kapten United, Bruno Fernandes.

Newcastle pula makin menyala – dan malam tadi, mereka buat sejarah: menang dua kali ke atas United dalam satu musim buat kali pertama sejak 1931!