PETALING JAYA – Seorang wanita bersama keluarganya berdepan detik cemas apabila diekori seorang lelaki yang tidak dikenali semasa mereka sedang membeli-belah di Mydin Seremban 2. Lebih membimbangkan, lelaki tersebut turut dipercayai merakam gambar wanita itu secara senyap.

tangkap layar dari video. Seorang lelaki yang dipercayai merakam wanita mengandung.
Menurut satu hantaran video di platform X oleh pengguna @kamaghul, insiden bermula ketika mereka sekeluarga berada di sekitar pasar raya itu dan menyedari seorang lelaki berbaju kuning seolah-olah sedang merakam mereka menggunakan telefon bimbit.
“Waktu masuk Mydin, nampak budak ni ikut. Tangan pegang telefon tegak macam merakam. Mula-mula fikir mungkin kebetulan. Tapi bila kami ke bahagian lain pun dia masih ikut. Memang ketara,” katanya.
Wanita itu yang ditemani suaminya kemudian bertindak berani mendekati lelaki berkenaan dan memeriksa telefonnya.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa gambar dan video wanita, terutamanya yang sedang hamil.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa gambar dan video wanita, terutamanya yang sedang hamil dan berpurdah, termasuk beberapa rakaman dirinya dari sudut belakang yang telah dizum.
“Rupanya ada banyak video saya dan wanita lain yang mengandung. Dia memang ada minat pelik dengan perempuan mengandung,” katanya.
Lelaki itu turut mengaku bahawa dia sememangnya mempunyai kecenderungan untuk merakam wanita mengandung bagi tujuan peribadi, dan menyatakan perbuatan itu telah lama dilakukannya tanpa pengetahuan mangsa.

Lelaki itu turut mengaku bahawa dia sememangnya mempunyai kecenderungan untuk merakam wanita mengandung bagi tujuan peribadi.
Di ruangan komen, ramai pengguna meluahkan kebimbangan tentang keselamatan di tempat awam serta gangguan seksual yang sering berlaku secara senyap.
“Pergi jogging tak selamat, ke pasar raya pun tak selamat. Sekarang tak kira umur, kita semua kena sentiasa berhati-hati, apatah lagi bila bawa anak-anak,” komen @Mast851.
Seorang lagi pengguna, @Josephbenjamin menulis, “Kadang-kadang kita boleh tahu orang tu salah hanya dengan tengok reaksi dia. Kalau dia tak buat, mesti lain cara dia jawab dekat kakak tu.”