Manchester United, salah satu kelab gergasi dalam Liga Perdana Inggeris, bakal memeriahkan suasana bola sepak Asia Tenggara dalam satu aksi persahabatan istimewa hujung Mei nanti.

Gambar: eCentral.my

Perlawanan ni sebenarnya sebahagian dari tour pasca musim MU selepas habis aksi terakhir EPL 2024/2025 lawan Aston Villa. Lepas game tu, terus mereka terbang ke Asia – dan Malaysia jadi salah satu lokasi pilihan!

Apa yang buat perlawanan ni lagi menarik, pasukan ASEAN All-Stars ni dikendalikan oleh Kim Sang-sik, jurulatih skuad kebangsaan Vietnam. Power tu. Pemain-pemain pun bukan calang-calang — semuanya dipilih dari yang terbaik dalam rantau ni.

Setakat ni, 17 pemain dah confirm masuk skuad. Filipina dan Singapura je belum umum nama pemain mereka.

Nah, ini senarai pemain ASEAN All-Stars yang dah diumumkan:

Malaysia:

Haziq Nadzli

Dominic Tan

Ezequiel Aguero

Indonesia:

Asnawi Mangkualam

Muhammad Ferarri

Vietnam:

Nguyen Quang Hai

Do Duy Manh

Nguyen Hoang Duc

Thailand:

Patiwat Khammai

Nicholas Mickelson

Peeradol Chamrasamee

Kemboja:

Faeez Khan Kan Mo

Andres Nieto

Laos:

Bounphachan Bounkong

Myanmar:

Maung Maung Lwin

Timor-Leste:

Joao Pedro

Brunei:

Azwan Ali Rahman

Gambar: seasia.goal

Bayangkan gabungan semua ni lawan Rashford, Bruno, Garnacho & gang. Confirm stadium gegar beb!

Bagi yang tak pernah tengok MU depan mata, inilah peluang. Tiket confirm laku keras, jadi standby awal-awal. Mana tahu dapat selfie dengan Casemiro sekali?