Ramai tahu lipas membawa risiko kesihatan seperti alergi, asma dan penyebaran bakteria, tetapi tak ramai sedar bahawa lipas sebenarnya serangga yang sangat luar biasa dengan pelbagai keunikan. Contohnya, lipas menghabiskan 75% masa dengan berehat dan boleh bertahan dalam suhu serendah 0°C. Berikut 10 fakta paling menarik tentang lipas:

Gambar : South China Morning Post

  1. Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu

Disebabkan sistem peredaran terbuka dan pernafasan melalui liang di badan, lipas boleh hidup tanpa kepala. Ia hanya mati akibat dehidrasi kerana tidak boleh minum.

  1. Boleh Tahan Nafas Selama 40 Minit

Lipas mampu bertahan di dalam air sehingga setengah jam dengan menahan nafas, sekaligus mengurangkan kehilangan air badan.

  1. Boleh Berlari Sejauh 3 Batu Sejam

Kelajuan ini membolehkan lipas menyebarkan kuman dan bakteria ke seluruh rumah dengan cepat.

  1. Lipas German Dewasa Dalam 36 Hari

Lipas German, spesies paling biasa ditemui, boleh membesar menjadi dewasa dalam masa hanya lebih sebulan dan sering dikaitkan dengan masalah kesihatan.

  1. Anak Lipas Boleh Berlari Sepantas Dewasa

Walaupun hanya sebesar debu, anak lipas mampu bergerak dengan pantas, menjadikannya sukar dikesan dan berisiko menyebar penyakit.

  1. Lipas Amerika Tertarik kepada Alkohol

Spesies ini gemar minuman beralkohol, terutamanya bir, kerana tertarik kepada gula dan hop di dalamnya.

  1. Lipas Terbesar Dunia Panjang 6 Inci

Ditemui di Amerika Selatan, spesies ini memiliki lebar sayap sehingga 1 kaki, berbanding lipas biasa yang hanya ½ hingga 2 inci panjang.

  1. Berasal Sejak 280 Juta Tahun Lalu

Kajian menunjukkan lipas telah wujud sejak zaman Carboniferous, menjadikannya antara makhluk purba di bumi.

  1. Lebih 4,000 Spesies Lipas di Dunia

Antara spesies utama ialah lipas German, brown-banded, American dan oriental.

  1. Boleh Hidup Sebulan Tanpa Makanan

Lipas, sebagai serangga berdarah sejuk, boleh bertahan tanpa makan untuk sebulan, tetapi hanya mampu hidup seminggu tanpa air, sebab itu mereka banyak ditemui di kawasan lembap seperti bilik air dan ruang bawah tanah.

Mengawal Infestasi Lipas

Disebabkan lipas sangat tahan lasak, pencegahan perlu dibuat secara konsisten: pastikan makanan disimpan rapi, dapur dibersihkan setiap hari, sampah dibuang dengan betul, dan semua rekahan atau lubang di rumah ditutup. Ruang bawah tanah juga perlu sentiasa kering dan berventilasi baik. Jika jangkitan lipas dikesan, dapatkan bantuan profesional kawalan serangga secepat mungkin.